50 Penduduk Kawasan Kara Dan Klauh Terima Sumbangan Melalui Program Ziarah UKAS

JUMAAT, 23 JULAI 2021

SRI AMAN : Seramai 50 penduduk di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Begunan yang terdiri daripada warga emas, Orang Kelainan Upaya (OKU), mangsa kebakaran dan individu yang benar-benar memerlukan telah menerima sumbangan melalui Program Ziarah UKAS, pada Jumaat. 

Para penerima adalah penduduk dari kawasan Kara dan Klauh, melalui senarai yang ditetapkan oleh Ketua Masyarakat setempat.

Sumbangan berupa bekalan makanan, pelitup muka dan cecair pembersih tangan itu disampaikan dari rumah ke rumah, dengan bantuan ahli Parti Rakyat Sarawak (PRS) bagi mengurangkan pergerakan umum. -EDISI UKAS

Share
0

add comment