78 Penduduk Kampung Kiding Divaksinasi Menerusi Program OutReach Vaksinasi Daerah Kecil Padawan

SABTU, 24 JULAI 2021

PADAWAN: Seramai 78 orang penduduk Kampung Kiding di sini menerima dos pertama suntikan vaksin jenis Pfizer sempena Program OutReach Vaksinasi Daerah Kecil Padawan di balai raya kampung berkenaan pada Sabtu.

Menarik perhatian, Menteri Muda Pengangkutan Sarawak yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mambong, Datuk Dr Jerip Susil turun membantu dalam memberikan vaksinasi kepada penduduk terlibat.

Anak beliau, Dr. Abner Jerip dari Klinik Perubatan Batu 10, Klinik Kesihatan Padawan serta sukarelawan juga membantu dalam proses pemberian vaksin pada program tersebut.

Turut sama ialah Pegawai Perubatan Klinik Kesihatan Padawan, Dr Hanizah dan Pegawai Tadbir Daerah Kecil Padawan, Julius Scott Sapong.

Kampung Kiding merupakan sebuah kampung yang terletak di kawasan tanah tinggi Padawan yang mempunyai 64 pintu dan 455 orang penduduk kaum Bidayuh. -EDISI UKAS

Share
0

add comment