ADUN Bukit Semuja Sempurnakan Simbolik Program Food Bank LAKIS

SABTU, 24 JULAI 2021

SERIAN : Lembaga Amanah Kebajikan Islam Serian (LAKIS) telah mengagihkan 200 set bekalan makanan kepada individu yang sangat memerlukan akibat pandemik COVID-19 menerusi peruntukan berjumlah RM16,000.

Selain makanan, turut disumbangkan susu formula dan lampin pakai buang kepada keluarga yang mempunyai anak kecil.

Simbolik penyerahan sumbangan bersempena Program Food Bank LAKIS itu telah disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Semuja, John Ilus, bertempat di Pejabat LAKIS, pada Jumaat.

Hadir sama, Pengerusi LAKIS, Ustaz Mohamad Amin dan Setiausaha LAKIS, Hadi Moss. -EDISI UKAS

Share
0

add comment