ADUN Mambong Sempurnakan Simbolik Penyerahan PPE Buat PPV Di Padawan

SABTU, 24 JULAI 2021

KOTA PADAWAN : Menteri Muda Pengangkutan Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mambong, Datuk Dr Jerip Susil telah menyempurnakan Simbolik Penyerahan Pakaian Perlindungan Diri (PPE), dalam satu majlis ringkas pada Jumaat.

PPE tersebut merupakan sumbangan sebuah syarikat tempatan, Dasarama Sdn Bhd kepada Pusat Khidmat Masyarakat DUN Mambong bagi membantu Pusat Pemberian Vaksin (PPV) yang ada di Daerah Kecil Padawan.

Sehubungan dengan itu, ia diserahkan kepada PUSPEN Puncak Borneo, Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Padawan, PPV Bunuk serta PPV Braang Bayur untuk kegunaan para petugas kesihatan melaksanakan proses vaksinasi.

Hadir sama, Pegawai Tadbir Daerah Kecil Padawan, Julius Scott Sapong dan Pengurus Syarikat Dasanrama Sdn Bhd, Wilson Mapus. -EDISI UKAS

Share
0

add comment