ADUN Sebuyau Lawat Projek RTP Di Kampung Sungai Lumut

SABTU, 24 JULAI 2021

SEBUYAU: Menteri Muda Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak, Datuk Julaihi Narawi mengadakan lawatan ke lokasi-lokasi Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) di sekitar kawasan Sebuyau pada Sabtu.

Antaranya, projek jalan pintas dari Kampung Sungai Lumut menuju ke Kampung Bajong, projek jambatan culvert Sungai Lumut, tapak projek balai raya Sungai Lumut dan tapak projek pusat jualan Sungai Lumut.

Jalan pintas itu adalah terus menuju ke jalan pesisir di laluan Bajong dan Tebelu yang baru siap dibina baru-baru ini, malah jalan berkenaan digunakan oleh warga penduduk Kampung Lubok Meranti, Sekitong, Lumut, Tungkah Melayu dan Arus Iban ke Pekan Sebuyau.

Projek-projek tersebut akan memberi manfaat jangka masa panjang kepada warga Sebuyau secara keseluruhannya.

Hadir sama mengiringi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau ialah Residen Bahagian Samarahan, Brahim Lumpu, Pegawai Tadbir Sarawak, Sebuyau, Ajis Ahmad dan Pemanca Masyarakat Melayu Daerah Simunjan, Asli Yahya. -EDISI UKAS

Share
0

add comment