ADUN Sebuyau Puas Hati Penglibatan Penduduk Di PPV Dewan Masyarakat Sungai Ladong

SABTU, 24 JULAI 2021

SEBUYAU : Menteri Muda Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak, Datuk Julaihi Narawi, turun padang meninjau tugasan Pasukan Mobile Vaksin menjayakan Program Imunisasi COVID-19 di PPV Dewan Masyarakat Kampung Sungai Ladong, pada Sabtu.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau menzahirkan rasa syukur atas penglibatan penduduk yang menggalakkan sekaligus merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang bertungkus lumus melancarkan pelaksanaan program vaksinasi berkenaan.

Pada hari itu, seramai 420 penerima telah mendapatkan dos kedua vaksin jenis Sinovac, menjadikan jumlah keseluruhan yang telah lengkap dua dos di kawasan Zon Sebangan  setakat ini seramai 2,020 orang.

Hadir sama, Residen Bahagian Samarahan,Brahim Lumpu, Pegawai Tadbir Sebuyau,Ajis Ahmad, Pegawai Perubatan Menguasa Klinik Kesihatan Sebangan selaku Ketua Penyelaras PPV Zon Sebangan, Dr. Nurul Huda Aziz serta Penolong Pengarah Rakan Muda Jabatan Belia & Sukan Bahagian Samarahan, Rahmat Elli. -EDISI UKAS

Share
0

add comment