Ahli MDB Teruskan Tinjauan Projek Siap Sepenuhnya Di Bau

SABTU, 24 JULAI 2021

BAU: Ahli Majlis Daerah Bau (MDB) meneruskan tinjauan di beberapa projek yang telah siap sepenuhnya dan mendapat kelulusan peruntukkan khas Ketua Menteri Sarawak, pada sebelah petang Rabu.

Tinjauan disertai Penolong Jurutera MDB,Merici Ceylist, Penolong Jurutera MDB,Samuel Suwim, Ahli MDB, Gidy Ruji dan Rised Aboy serta wakil Pusat Khidmat DUN Tasik Biru,Jeffery Leonard, bermula jam 2.00 petang. 

Tinjauan pertama di Projek Pembinaan Parit yang terletak di Kampung Apar.

Parit yang telah siap dibina pada 28 Jun 2021 itu berukuran sepanjang 138 meter dengan lebar 0.6 meter, dilaksanakan oleh kontraktor Mocart Harvest Enterprise.

Kemudian, rombongan ke Projek Pembinaan Sistem Perparitan Kampung Barieng, sepanjang 59 meter dengan kelebaran 1 meter yang siap pada 1 Jun 2021 oleh kontraktor Kemi Enterprise.

Manakala tinjauan ke Projek Pembinaan Sistem Perparitan di Kampung Tanjong Bowang pula melibatkan pembinaan Earthdrain sepanjang 800 meter, pembentung (Culvert Box) bersaiz 1.2m x 1.2m Twin RC Box Culvert x 10 meter Panjang, tambahan saiz round Culvert berukuran 1.2 diameter dengan 12 meter panjang.

Projek berkenaan siap pembinaannya pada 28 Jun 2021 oleh kontraktor Wayne Enterprise.

Tinjauan terakhir di Kampung Atas, melibatkan Projek Menaiktaraf Jalan Sanyea yang siap pada 7 Julai 2021 oleh kontraktor, Mocart Maju Enterprise.

Pembinaannya termasuk earthdrain sepanjang 100 meter serta pembentung (Box Culvert) berukuran ketinggian 1.8 meter dengan kelebaran 1.8 meter dan sepanjang 6 meter.

Kesemua projek tersebut adalah dibawah kerja-kerja baikpulih infrastruktur terjejas akibat bencana Monsun Timur Laut (MTL) yang berlaku pada Januari lepas. -EDISI UKAS

Share
0

add comment