Depo Balai Ringin, PPV Baharu Dibuka

SABTU, 24 JULAI 2021

SRI AMAN: Depo Balai Ringin telah dibuka sebagai Pusat Pemberian Vaksin (PPV) baharu bagi penduduk di kawasan itu mendapatkan vaksin COVID-19. 

Pembukaannya pada Sabtu bermula jam 11.00 pagi dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balai Ringin, Datuk Snowdan Lawan.

PPV tersebut juga merupakan inisiatif beliau bagi mempercepatkan pemberian vaksin di kawasan itu terutamanya melibatkan 15 buah rumah panjang.

Disasarkan seramai 800 penduduk akan divaksinasi dos pertama jenis Sinovac sepanjang dua hari pelaksanaan program pemvaksinan disitu. -EDISI UKAS

Share
0

add comment