Empat NGO Di Meradong Terima Dana MRP ADUN Semop

SABTU, 24 JULAI 2021

MERADONG: Sebanyak RM15,000 peruntukan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semop, Abdullah Saidol telah diagihkan kepada empat badan bukan kerajaan (NGO) di Meradong.

Peruntukan itu diagihkan sendiri oleh Abdullah yang juga Menteri Muda Hal Ehwal Korporat Dan UKAS dalam lawatan kerjanya di Pejabat Daerah Meradong pada Jumaat.

Penerima adalah Kelab RANDO Meradong (RM3,000), Jawatankuasa Pergurusan Bencana Meradong (RM3,000),  JKKK Kampung Pemanca Legak (RM6,000) dan Saberkas Cawangan Meradong (RM3,000).

Sementara itu, Abdullah menjelaskan lawatan kerja itu bagi mengadakan perbincangan bersama Pegawai Daerah Meradong, Badjuri Bidin tentang status beberapa projek untuk kawasan DUN Semop di bawah Pentadbiran Pejabat Daerah Meradong.

Jelasnya, beberapa pemimpin kampung dan rumah panjang juga mengambil kesempatan mengutarakan beberapa permasalahan dalam kawasan masing-masing yang memerlukan perhatian dan tindakan.

Pada majlis sama, Abdullah turut berkesempatan menyampaikan sumbangan baju T seragam untuk Skuad Sayang wanita PBB Cawangan Semop dan Meradong.

Turut disampaikan baju T khas untuk semua sukarelawan yang bertugas dalam membantu dan mengedar bantuan bekalan makanan Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) untuk kawasan Semop. – EDISI UKAS

Share
0

add comment