Golongan Terlantar Kampung Ampungan Tidak Terkecuali Jalani Vaksin

SABTU, 24 JULAI 2021

SERIAN : Jawatankuasa Imunisasi COVID-19 Bahagian Serian telah menjalankan Program Vaksinasi yang memfokuskan golongan terlantar di Kampung Ampungan.

Sehubungan dengan itu, seramai 54 warga emas dan Orang Kurang Upaya (OKU) telah menerima dos pertama Vaksin COVID-19 jenis Pfizer BioNtech, di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Serbaguna Kampung Ampungan, pada Jumaat.

Difahamkan pada Khamis, beberapa penduduk Kampung Ampungan juga telah mendaftar untuk divaksin melalui kaedah hibrid bagi dos pertama jenis Sinovac di PPV Dewan Masyarakat Serian.-EDISI UKAS

Share
0

add comment