SABTU, 24 JULAI 2021
KUCHING : Pihak Tabung Baitulmal Sarawak telah menyumbangkan sebanyak 553 pek makanan kepada penduduk Kampung Bintawa Hilir yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).
Pek makanan turut dihulurkan kepada petugas barisan hadapan yang bertugas mengawal PKPD tersebut.
Penyerahan sumbangan telah disampaikan kepada Ketua Kaum, Sulaiman Sahari bertempat di masjid kampung tersebut, pada Jumaat.
Kampung Bintawa Hilir dikenakan PKPD bermula 21 Julai 2021 sehingga 3 Ogos 2021. -EDISI UKAS