Kampung Jagoi Duyoh Jalani Kuarantin, 613 Penduduk Disaring Kali Kedua

SABTU, 24 JULAI 2021

BAU : Seramai 613 penduduk Kampung Jagoi Duyoh yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) hadir menjalani ujian saringan kali kedua melalui Operasi Pengesanan Kes Aktif (ACD) COVID-19, pada Sabtu.

Operasi tersebut melibatkan golongan yang telah didapati negatif selepas ujian pertama diambil pada 15 Julai lepas.

ACD yang dikendalikan oleh Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Bau itu bermula seawal jam 8.00 pagi sehingga 1 petang, bertempat di Dewan Kampung Jagoi Duyoh, dengan kekuatan 35 petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Turut membantu dalam melancarkan pelaksanaan ACD tersebut adalah petugas dari Angkatan Pertahanan Awam (APM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Jagoi Duyoh. -EDISI UKAS

Share
0

add comment