MDB Sebagai Agensi Pelaksana Tinjau Kesemua Projek Siap Sepenuhnya

SABTU, 24 JULAI 2021

BAU: Ahli Majlis Daerah Bau (MDB) baru-baru ini melakukan tinjauan di beberapa projek yang telah siap sepenuhnya dan mendapat kelulusan peruntukkan khas Ketua Menteri Sarawak.

Tinjauan pertama adalah Projek Pembinaan Gabion sepanjang 60 meter dengan ketinggian 6 meter, terletak di Kampung Sibuluh.

Projek tersebut mula dibina pada 29 Mac 2021 dan siap pada 1 Jun oleh kontraktor yang dilantik, Raniew Enterprise.

Seterusnya di Kampung Bogag dengan Projek Pembinaan Sistem Perparitan berukuran sepanjang 50 meter dan lebar bersaiz 9 meter,mula dibina pada 29 Mac 2021 dan siap pada 25 Mei oleh kontraktor, Hill Enterprise.

Tinjauan diteruskan di Jambatan Kampung Serikin yang dinaiktaraf sepanjang 6 meter dengan kelebaran 3 meter dan mampu menampung had muatan 3 tan, dilaksanakan oleh kontraktor, Golden Harvest Enterprise, siap pada 25 Mei 2021.

Berikutnya pula di tapak pembinaan Gabion dan pernurapan jalan yang terletak di Jalan Tasik Biru.

Gabion sepanjang 40 meter dengan kelebaran 6 meter dan saiz jalan pula sepanjang 40 meter dengan kelebaran 3 meter itu siap pembinaannya pada 28 Julai oleh kontraktor, Patro General Construction.

Kesemua projek tersebut adalah dibawah kerja-kerja baikpulih infrastruktur terjejas akibat bencana Monsun Timur Laut (MTL) yang berlaku pada Januari lepas. -EDISI UKAS

online casino malaysia online casino malaysia malaysia online casino malaysia online casino trusted online casino malaysia trusted online casino malaysia casino online malaysia casino online malaysia