Petugas Pos Kawalan PGA Lachau Tidak Terkecuali Mendapat Sumbangan Makanan

JUMAAT, 23 JULAI 2021

SRI AMAN : Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Begunan, Datuk Mong Dagang melalui Pusat Khidmatnya telah menyumbang bekalan makanan kepada petugas kawalan sempadan di Pos Kawalan PGA Lachau.

Sumbangan disampaikan oleh Timbalan Bendahari PRS Bukit Begunan, Tuai Rumah Marawi Unggeng yang mewakili Datuk Mong kepada Ketua Pos Kawalan PGA Lachau, Sarjan Banggai Batu.

Bantuan tersebut adalah bagi menghargai sumbangan para petugas yang mengerah tenaga mengawal serta menjaga keamanan negara terutama semasa pandemik COVID-19. -EDISI UKAS

Share
0

add comment