Petugas PPV Dewan Suarah Samarahan Terima Sumbangan Sempena Program Peladang Prihatin Sarawak

JUMAAT, 23 JULAI 2021

KOTA SAMARAHAN : Para petugas di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Suarah Samarahan telah menerima sumbangan berupa hasil tani bersempena Program Peladang Prihatin Sarawak.

Simbolik penyerahan telah disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Muara Tuang, Dato Idris Buang, pada Jumaat.

Menurut Dato Idris, sumbangan berupa buah-buahan dan sayur-sayuran itu merupakan inisiatif kerajaan Sarawak melalui Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) dalam membantu petani yang mempunyai kesukaran untuk menjual hasil pertanian sepanjang pandemik COVID-19.

Dalam pada itu jelasnya, ia juga sebagai tanda penghargaan buat semua petugas di PPV berkenaan.

Turut hadir, Residen Bahagian Samarahan,Brahim Lumpu, Pegawai Pertanian Bahagian Samarahan,John Tedong dan Pegawai Pertubuhan Peladang Kawasan Samarahan,Noraliza Abu Bakar. -EDISI UKAS

online casino malaysia online casino malaysia malaysia online casino malaysia online casino trusted online casino malaysia trusted online casino malaysia casino online malaysia casino online malaysia