PPV Bergerak Di Belakang Pusat Perubatan Rejang Beroperasi Hingga 29 Julai

SABTU, 24 JULAI 2021

SIBU: Pusat Pemberian Vaksin (PPV) bergerak yang bertempat di belakang Pusat Perubatan Rejang (RMC) akan beroperasi hingga 29 Julai 2021 untuk memberi suntikan vaksin COVID-19 bagi dos kedua kepada para penerima di sekitar situ.

PPV yang telah mula beroperasi pada Jumaat itu telah memberi suntikan vaksin kepada seramai 50 orang setakat hari pertama pengoperasiannya.

Program yang bermula pada jam 5 petang itu telah berjalan dengan lancar dan orang awam juga mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah tetapkan.

Dalam pada itu, penerima yang telah menerima dos pertama, adalah diminta untuk hadir ke lokasi yang sama bagi mendapatkan dos kedua.

Ini bagi mengelak penerima yang mungkin pergi ke tempat yang salah disebabkan sedikit kekeliruan maklumat melalui MySejahtera.-EDISI UKAS

Share
0

add comment