PPV Dewan Sri Pantu Kini Fokus Pemberian Vaksin Dos Kedua

SABTU, 24 JULAI 2021

SRI AMAN : Seramai 170 individu lagi disasarkan untuk menerima suntikan dos kedua vaksin jenis Sinovac di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Sri Pantu, pada Sabtu.

Ia bagi menetapkan jumlah keseluruhan yang telah menerima vaksin dos kedua setakat hari ke-12 pelaksanaannya kepada 4384 orang, yang mana pemberian bagi dos pertama dihentikan buat seketika sementara menunggu pendaftaran baharu.

Program vaksinasi yang bermula seawal jam 8.00 pagi sehingga jam 2.00 petang ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penduduk setempat dengan perkhidmatan yang terbaik oleh para petugas. -EDISI UKAS

Share
0

add comment