SABTU, 24 JULAI 2021
SRI AMAN : Seramai 50 penduduk yang melibatkan lima buah kampung dan 10 buah rumah panjang di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Balai Ringin menerima bantuan bersempena Program Ziarah UKAS.
Penerima bantuan berupa bekalan makanan, pelitup muka dan cecair pembersih tangan itu terdiri daripada ibu tunggal, Ketua Rumah Ibadat, warga emas, Orang Kelainan Upaya (OKU) dan pesakit kronik yang tersenarai.
Pengagihan pula dilakukan secara penghantaran dari rumah ke rumah, melalui Ketua Kampung serta Tuai Rumah masing-masing.
Rata-rata penerima merakamkan rasa syukur dan berterima kasih atas keprihatinan dan perhatian kerajaan negeri, UKAS serta semua pihak yang terlibat dalam membantu mengurangkan tekanan dan bebanan mereka. -EDISI UKAS