Seramai 4214 Penerima Vaksin Lengkap Dos Kedua Di PPV Dewan Sri Pantu

SABTU, 24 JULAI 2021

SRI AMAN : Seramai 4214 penerima vaksin direkodkan telah lengkap dos kedua jenis Sinovac, setakat 11 hari pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Sri Pantu, pada Jumaat.

Difahamkan, PPV berkenaan hanya memfokuskan pemberian vaksin dos kedua sahaja buat masa ini dan bagi dos pertama dihentikan buat seketika sementara menunggu pendaftaran baharu.

Program dijalankan dengan teratur dan terkawal disamping penerima yang hadir memberi kerjasama yang baik kepada para petugas sekaligus melancarkan proses pemvaksinan. 

Anggota Polis DiRaja Malaysia , RELA dan Jabatan Pertahanan Awam juga ditugaskan untuk membantu pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam memastikan  keselamatan dan Prosedur Operasi Standard (SOP) dipatuhi sepenuhnya. -EDISI UKAS

Share
0

add comment