1,090 Penduduk TDi Sepanjang Sungai Baram Dan Sungai Tutoh Terjejas Banjir Terima Bantuan Makanan

AHAD, 25 JULAI 2021

MARUDI: Seramai 1,090 penduduk yang tinggal di sepanjang Sungai Baram dan Sungai Tutoh dan terjejas akibat banjir menerima bantuan makanan sumbangan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Marudi pada Sabtu.

Pada 15 Julai lepas, hujan lebat yang berlaku telah menyebabkan rumah penduduk di sepanjang Sungai Baram dan Sungai Tutoh dinaiki air. 

Kejadian banjir itu merupakan yang kedua kali berlaku dalam tempoh dua bulan dengan memberikan kesan mendalam kepada penduduk. 

Selain rumah penduduk, turut dinaiki air ialah tiga buah sekolah rendah, sebuah sekolah menengah dan sebuah klinik juga turut terjejas. 

Penghantaran bantuan makanan telah dilakukan selama dua hari bermula Jumaat dan diteruskan pada Sabtu. 

Antara yang kampung dan rumah panjang yang menerima bantuan makanan ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Long Panai 13 bungkus, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tutoh Apoh 48 bungkus, Long Panai 258 bungkus, Klinik Kesihatan Long Panai 14 bungkus, Rh Gerinang Logan Tasong 22 bungkus, Rh Vincent Tanjung Upar 68 bungkus, Rh Mugang Tanjung Upar 46 bungkus, Rh Jipun Sungai Gaong 30 bungkus, Rh Asong Linei Bukit 82 bungkus dan Lubok Tumau 28 bungkus.

Turut menerima Lubok Kulat 8 bungkus, Kuala Tutoh 146 bungkus, SK Kuala Tutoh 16 bungkus, Long  Patan 20 bungkus, Long Pahlo 14 bungkus, Long Ukok 22 bungkus, Long Maro 126 bungkus, Kampung Benawa 88 bungkus dan SK Benawa 27 bungkus. -EDISI UKAS

Share
0

add comment