13 Buah Masjid Dalam Daerah DUN Bukit Sari Terima ‘Fog Machine Sanitizer’

AHAD, 25 JULAI 2021

LAWAS: Sebanyak 13 ‘Fog Machine Sanitizer’ telah diagihkan kepada masjid-masjid di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Sari dalam Program Ziarah UKAS.

Sumbangan telah disampaikan Timbalan Ketua Menteri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Sari Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan di Pejabat LAKHIL Lawas pada Sabtu. 

‘Fog Machine Sanitizer’ ini digunakan bagi membersihkan kawasan dalam masjid daripada penularan wabak pandemik COVID-19 sebelum dan selepas diadakan solat berjemaah. 

Terdahulu, Datuk Amar Awang Tengah telah mempengerusi mesyuarat bersama setiap Pengerusi Masjid dalam DUN Bukit Sari. 

Hadir sama Residen Bahagian Limbang yang juga Penegrusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Limbang Ir Ahmad Denney Ahmad Fauzi, Pengerusi Agensi Pembangunan Wilayah Utara (NRDA) Dato Ubaidilah Abdul Latif dan Pegawai Daerah Lawas Ladin Atok. -EDISI UKAS

Share
0

add comment