37 KIR Nanga Bunu Skrang Terima Bantuan Pakej PEMULIH

SABTU, 24 JULAI 2021

ENGKILILI : Seramai 37 Ketua Isi Rumah (KIR) Empading, Nanga Bunu Skrang telah menerima bantuan bekalan makanan daripada Pusat Khidmat Lubok Antu bersempena Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH), pada Sabtu. 

Para penerima bantuan merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada kerajaan dan semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program berkenaan.

Ini kerana, ia sememangnya amat membantu mengurangkan tekanan dan bebanan penduduk yang terkesan sepanjang pandemik COVID-19.-EDISI UKAS

Share
0

add comment