496 Penduduk Di Daerah Bau Lengkap Divaksinasi

AHAD, 25 JULAI 2021

BAU : Seramai 496 penduduk di Daerah Bau telah melengkapkan dos kedua vaksin COVID-19 di  Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Hospital Bau pada Sabtu.

Jumlah keseluruhan yang sepatutnya hadir menerima vaksin jenis Sinovac itu ialah seramai 500 orang, namun empat individu lagi tidak dapat hadir kerana sedang menjalani kuarantin dan berada dalam kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Program yang dianjurkan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Bau itu membabitkan seramai 28 orang petugas Hospital Bau.

Turut hadir, para sukarelawan, petugas dari Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta  Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA).-EDISI UKAS

Share
0

add comment