522 Individu Terima Vaksin Dos Pertama Di PPV Dewan Masyarakat Tebedu

AHAD, 25 JULAI 2021

SERIAN: Seramai 522 individu telah divaksinasi dos pertama di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Masyarakat Tebedu anjuran Pejabat Kesihatan Bahagian Serian, pada Sabtu.

Kesemua penerima adalah dari 33 kampung yang mana 30 kampung tersebut dari kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tebedu dan tiga lagi di bawah DUN Kedup.

Dalam pada itu, proses pemvaksinan tersebut khasnya untuk mereka yang tercicir dan merupakan kumpulan pertama di Daerah Tebedu yang menerima vaksin jenis Pfizer BioNtech setakat ini.

Penyelaras PPV Dewan Masyarakat Tebedu, Dr Nor Shamira ketika dihubungi berkata, PPV Dewan Masyarakat Tebedu belum dapat menyediakan perkhidmatan “walk in” kerana ketika ini keutamaan hanya diberikan kepada individu tercicir serta layak menggunakan sistem hibrid. -EDISI UKAS

Share
0

add comment