990 Individu Hadir Menerima Vaksin COVID-19 di Daerah Bau

AHAD, 25 JULAI 2021

BAU : Seramai 990 individu lagi telah tampil menerima vaksin COVID-19 jenis Pfizer BioNtech di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Akademi Bomba Bau pada Sabtu.

Difahamkan, daripada angka tersebut 910 adalah warga tempatan manakala 80 orang lagi adalah warga asing yang juga merupakan pekerja ladang yang bekerja dengan syarikat ladang di daerah ini.

Rata-rata individu merupakan penerima dos pertama vaksin COVID-19  manakala hanya seorang sahaja daripada jumlah tersebut telah melengkapkan dos kedua nya pada hari yang sama.

Turut membantu melancarkan program adalah para sukarelawan, petugas dari Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA). -EDISI UKAS

Share
0

add comment