Abdullah Lakukan Lawatan Kerja, Serah Sumbangan MRP Di DUN Semop

AHAD, 25 JULAI 2021

SEMOP: Menteri Muda Hal Ehwal Korporat dan Unit Komunikasi Awam Sarawak Abdullah Saidol telah melakukan lawatan kerja ke beberapa kawasan di DUN Semop pada Sabtu.

Pada lawatan tersebut, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semop menyerahkan sumbangan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) berjumlah RM25,803.

Penerima terdiri daripada SK Semop dan SK Kut (RM4,299), Tadika KEMAS Kampung Saai (RM2,249),Enam buah Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di kawasan Semaring (RM8,050) dan beberapa JKKK di kawasan Mupong (RM11,205).

Disamping itu, beliau juga meninjau keperluan lain yang dikemukakan pihak Tadika KEMAS Kampung Saai dan Sekolah Kebangsaan Semop.

Kesempatan pada lawatan turut dimanfaatkan Abdullah mengingatkan penduduk di DUN Semop untuk sentiasa peka dan cakna tentang prosedur operasi standard (SOP) mencegah penularan wabak COVID-19.

Beliau sekali lagi memohon penduduk yang belum mendapat suntikan vaksin COVID-19 agar hadir ke Pusat Pemberian Vaksin berdekatan.-EDISI UKAS

Share
0

add comment