Datuk Ik Pahon Gesa Sempadan Negara Dikawal Sehabis Baik

SABTU, 24 JULAI 2021

LUNDU : Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak merangkap Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, Datu Ik Pahon Joyik telah mengadakan tinjauan ke sempadan Malaysia-Indonesia di Kampung Kendaie, pada Sabtu.

Turut mengiringi beliau, Timbalan Pengarah Penguatkuasaan UKPN,Dato Mohamad Morshidi Mustapha, Timbalan Residen Bahagian Kuching,Mackos Sibong, Pemangku Pegawai Daerah Lundu,Zulkipli Morshidi, wakil Ketua Polis Daerah Lundu,Inspektor Romi Benet, Pegawai Kesihatan Daerah Lundu,Dr Nicky Aurellius Tennent, Ketua Kaum Kampung Kendaie,Zulkifli Megang, Guru Besar SK Kendaie,Andrew Aris serta Pengerusi SUPP Cawangan Opar,Niponi Undek.

Tinjauan dibuat setelah beliau dan rombongan diberi taklimat ringkas oleh pihak IPD Lundu dan Pasukan Gerakan Am (PGA) berkenaan risiko kemasukan warga asing khususnya dari Indonesia ke kawasan kampung dan seterusnya meningkatkan risiko berlakunya jangkitan serta penularan wabak COVID-19.

Oleh yang demikian, beliau menggesa anggota penguatkuasa untuk terus kuat dan cekal menjaga serta mengawal sempadan negara dengan sehabis baik demi kesejahteraan bersama. -EDISI UKAS

Share
0

add comment