KPJ Specialist Kuching Anjur Program Imunisasi Kepada Umum

AHAD, 25 JULAI 2021

KUCHING: KPJ Specialist Kuching telah membuat pemberian vaksin kepada rakyat yang belum menerima suntikan vaksin COVID-19 jenis Sinovac baru baru ini.

Dijangka seramai 300 individu hadir ke program imunisasi berkenaan dalam satu hari mengikut janji temu yang telah ditetapkan.

Difahamkan, pemberian vaksin tersebut dilakukan sendiri oleh dua orang doktor serta dibantu beberapa kakitangan hospital tersebut.

Turut menerima vaksin COVID-19 terdiri daripada kakitangan pusat membeli belah The Spring dan Plaza Merdeka.

Hasil tinjauan mendapati proses pemberian vaksin berjalan lancar dan para penerima vaksin kelihatan berpuas hati dan selesa. – EDISI UKAS

Share
0

add comment