Para Penjaja Akur Keadaan Ekonomi Kurang Stabil, Tetap Semangat Berniaga

SABTU, 24 JULAI 2021

KUCHING : Tempoh pandemik yang berpanjangan dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) benar-benar mempengaruhi ekonomi bagi peniaga kecil dan penjaja.

Semestinya banyak persoalan mahupun permintaan yang ingin diajukan mereka ketika dunia berdepan kesukaran ini, namun kesemuanya terpaksa akur dengan perintah kerajaan yang kini sedang berusaha keras untuk menstabilkan kembali keadaan negara menjadi seperti sebelumnya meskipun perlu mengamalkan norma baharu.

Tinjauan UKAS di sekitar pusat kunjungan awam kawasan Dewan Undangan Negeri Batu Lintang pada Sabtu menyaksikan rata-rata peniaga dan penjaja tetap aktif dan bersemangat menjual hasil perniagaan dengan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) sentiasa diterapkan, walaupun keadaan kelihatan lengang dengan kekurangan pengunjung. -EDISI UKAS

Share
0

add comment