Penguatkuasa MBM Keluarkan 2 Kompuan Ke Atas Pemilik Premis

AHAD, 25 JULAI 2021

MIRI: Gagal mengamalkan penjarakan fizikal antara pelanggan dan tidak menyediakan buku log masuk pelanggan merupakan dua kesalahan yang dikenakan kompaun dalam satu Operasi Pemantauan Pematuhan SOP Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa Dua di sekitar Bandaraya Miri pada Sabtu. 

Kedua-dua premis berkenaan dikompaun di bawah perundangan PPHO Seksyen Penguatkuasa MBM. 

Sepasukan pasukan penguatkuasa MBM yang diketuai Pegawai Majlis Keselamatan Negara Bahagian Miri Matthew Dominic Barin bersama dengan Penolong Penguatkuasa Majlis Bandaraya Miri Abdul Hakim telah mengadakan Operasi Pemantauan Pematuhan SOP Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa Dua bagi memastikan setiap pemillik premis dan orang awam mematuhinya dalam mengekang penularan wabak pandemik COVID-19. 

Dalam operasi itu, pemantauan dilakukan dengan memeriksa Prosedur Operasi Standard (SOP) seperti penyediaan pembersih tangan, kod QR dan buku log masuk pelanggan, dan mesin penyukat suhu badan serta buku kehadiran pekerja dan MySejahtera. -EDISI UKAS

Share
0

add comment