Program Imunisasi Di Klinik Kesihatan Bako Dapat Sambutan Menggalakkan

AHAD, 25 JULAI 2021

KUCHING: Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) di Klinik Kesihatan Bako mendapat sambutan menggalakkan daripada penduduk setempat.

Dalam program pada Sabtu, seramai 120 orang penduduk Kampung Bako Hilir dan Kampung Sungai Bako telah divaksinasi

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut, Dr Hazland Abang Hipni turut turun padang dalam memberi sokongan kepada para petugas dan penerima vaksin.

Para penerima vaksin juga mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi mengekang penularan wabak COVID-19.-EDISI UKAS

Share
0

add comment