Pusat Penjaja Jubli Perak Daerah Lundu Kini Siap

AHAD, 25 JULAI 2021

LUNDU: Sebuah Projek Rakyat dengan peruntukan sebanyak RM2 juta iaitu projek menaik taraf Pusat Penjaja Jubli Perak Daerah Lundu kini telah siap sepenuhnya.

Ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak (ADUN) Tanjong Datu, Datuk Amar Jamilah Anu berkata, projek yang dikendalikan Majlis Daerah Lundu (MDL) sebagai agensi pelaksana itu akan membawa perubahan besar dari segi infrastruktur dan pembangunan kepada para peniaga dengan fasiliti yang lebih baik dengan siapnya bangunan yang berusia lebih 30 tahun itu dibaikpulih.

“Ianya adalah ilham Allahyarham Tok Nan untuk membantu peniaga-peniaga yang lama lama berniaga di situ mendapat kemudahan yang lebih baik dan selesa selari dengan pembangunan lain di kawasan Tanjong Datu,” katanya .

Beliau berkata demikian ketika melakukan tinjauan dan majlis ringkas penanaman pokok di Pusat Penjaja Jubli Perak Lundu pada Sabtu.

Hadir sama, Setiausaha Majlis Daerah Lundu, Norashikin Brahim dan kaunselor-kaunselor Daerah Lundu.-EDISI UKAS