Seramai 359 Penduduk Kampung Rasau Terima Suntikan Vaksin COVID-19

AHAD, 25 JULAI 2021

SERIAN: Seramai 359 orang penduduk Kampung Rasau menerima suntikan vaksin dos pertama menerusi Program Outreach Vaksinasi COVID-19 di Dewan Serbaguna Kampung Rasau pada Ahad.

Program berkenaan merupakan inisiatif Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Serian bagi mempercepatkan proses vaksinasi kepada penduduk kampung yang belum mendapat suntikan di Serian.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Semuja, John Ilus turut turun padang bagi meninjau dan memantau keadaan di situ bagi memastikan proses vaksinasi berjalan dengan lancar.

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada petugas kesihatan dan sukarelawan yang telah menjalankan tugas dengan cemerlang.

Tinjauan yang dilakukan mendapati penduduk Kampung Rasau memberi kerjasama yang baik dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 sepanjang proses vaksinasi.

Program Outreach Vaksinasi COVID-19 Serian telah bermula bermula pada Jumaat lepas melibatkan penduduk Kampung Ampungan dan Balai Ringin. -EDISI UKAS

Share
0

add comment