128 Penduduk DUN Mambong Terima Dos Pertama Vaksin COVID-19

ISNIN, 26 JULAI 2021

PADAWAN : Seramai 128 penduduk di Dewan Undangan Negeri (DUN) Mambong  telah menerima dos pertama suntikan vaksin jenis Sinovac bersempena Program Mobile OutReach Vaksinasi Daerah Kecil Padawan yang diadakan di Dewan Serbaguna Kampung Mambong, pada Ahad.

Difahamkan, Kampung Mambong telah diarahkan menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) mulai 7 Julai sehingga 20 Julai yang lalu.

Oleh yang demikian, proses yang sepatutnya dilakukan pada awal Julai 2021 terpaksa ditunda pada hari Ahad, 25 Julai 2021.

Pasukan vaksinasi bagi program  tersebut telah diketuai oleh Pegawai Perubatan Klinik Kesihatan Bunuk, Dr. Dolly Laja, dan dibantu oleh 27 lagi kakitangan Klinik Kesihatan Bunuk serta sukarelawan dari Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat DUN Mambong.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mambong, Datuk Dr Jerip Susil juga banyak membantu dari pelbagai aspek dalam melancarkan proses vaksinasi di empat PPV di Daerah Kecil Padawan termasuk Program ‘Mobile Outreach’ ini. -EDISI UKAS

Share
0

add comment