213 Rumah Di DUN Dalat Telah Dibaik Pulih Menerusi PPRMS

ISNIN, 26 JULAI 2021

DALAT: Program Penambahbaikan Rumah Rakyat Miskin Sarawak (PPRMS) telah memberi manfaat kepada seramai 213 penerima di Dewan Undangan Negeri (DUN) Dalat sejak diperkenalkan Kerajaan Sarawak.

Menurut Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak, Dato Sri Fatimah Abdullah, program tersebut melibatkan peruntukan dari RM5,000 hingga RM15,000 untuk setiap rumah.

Bercakap semasa Penyampaian Cek MRP-PPRMS Bagi DUN Dalat di Dewan Masyarakat Dalat pada Sabtu, beliau menambah, kerja-kerja baik pulih rumah merangkumi gentian atap, lantai, dinding dan lain-lain.

Pada majlis tersebut, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dalat menyerahkan cek projek kecil luar bandar (MRP)-PPRMS berjumlah RM500,000 untuk 39 penerima.

Projek berkenan dipertanggungjawab kepada setiap Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) untuk perlaksanaan.-EDISI UKAS

Share
0

add comment