50 Penduduk DUN Nangka Terima Bantuan Makanan Menerusi Program Ziarah UKAS

ISNIN, 26 JULAI 2021

SIBU : Penyerahan bantuan bekalan makanan bersempena Program Ziarah UKAS diteruskan lagi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Nangka, pada Ahad.

Simbolik penyerahan disempurnakan oleh Pengerusi Surau Darul Ehsan Majidi Sanusi, bertempat di Surau Darul Ehsan, Kampung Hilir Sibu.

Seramai 50 penduduk terdiri daripada golongan berpendapatan rendah, ibu tunggal dan mereka yang terjejas akibat pandemik COVID-19 telah menerima bantuan berupa bekalan makanan,  pelitup muka dan cecair pembersih tangan sumbangan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS).

Sehubungan dengan itu, penyerahan diedarkan dari rumah ke rumah oleh pihak UKAS dengan bantuan Penyelaras Bakul Makanan DUN Nangka, Mohamad Safree Mohamad Kassim.

Secara keseluruhannya program tersebut berjalan lancar dengan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP). -EDISI UKAS

Share
0

add comment