546 Lagi Penduduk Di Daerah Bau Divaksinasi

ISNIN, 26 JULAI 2021

BAU: Seramai 546 lagi penduduk daerah Bau disenaraikan menerima vaksin COVID-19 jenis Pfizer BioNtech di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Akademi Bomba Bau dan PPV Hospital Bau, pada Ahad.

PPV Dewan Akademi Bomba Bau mula beroperasi pada jam 8.00 pagi sehingga 3.30 petang dan berjaya menyuntik seramai 318 orang bagi dos pertama.

Sementara itu, PPV Hospital Bau pula dibuka seawal jam 7:30 pagi sehingga 12.30 petang, dengan seramai 112 orang juga divaksinasi dos pertama, manakala 116 orang lagi melengkapkan dos kedua.

Kelancaran proses mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) seperti yang ditetapkan dengan kerjasama baik diberikan oleh penerima terhadap para petugas di kedua-dua PPV berkenaan. -EDISI UKAS

Share
0

add comment