909 Individu Terima Dos Kedua Di PPV Klinik Kesihatan Jalan Masjid

ISNIN, 26 JULAI 2021

KUCHING : Seramai 909 individu disasarkan hadir untuk melengkapkan dos kedua di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Klinik Kesihatan Jalan Masjid, pada Isnin.

Menurut Pengurus Projek dan Operasi Mildred Voon, program imunisasi tersebut telah mula beroperasi sejak 30 Jun yang lalu, menjadikan keseluruhan jumlah penerima vaksin COVID-19 jenis Sinovac itu setakat ini sebanyak 28,000.

Beliau turut menyeru kepada sesiapa yang belum mendapatkan vaksin untuk menghubungi Hotline Vaksin 013- 274 2806 untuk membuat temujanji secara ‘walk in’.

Menerusi tinjauan UKAS rata-rata penerima vaksin menzahirkan rasa lega dan syukur serta berpuas hati dengan perkhidmatan yang disediakan di PPV tersebut. -EDISI UKAS