ADUN Batu Kitang Komited Bantu Atasi Masalah Sistem Perparitan Kampung Haji Baki Block C

ISNIN, 26 JULAI 2021

KUCHING: Prihatin dengan masalah perparitan yang dihadapi penduduk Kampung Haji Baki Block C, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang, Lo Khere Chiang turun padang bersama pegawai Bahagian Kejuruteraan Majlis Perbandaran Padawan (MPP) bagi meninjau permasalahan tersebut pada Isnin.

Tinjauan yang dilakukan mendapati tiada sistem perparitan yang teratur di sekitar rumah penduduk Kampung Haji Baki Block C sekaligus mengundang banjir kilat setiap kali hujan lebat.

Justeru, bagi menyelesaikan masalah tersebut, Khere Chiang yang juga Pengerusi MPP telah membuat perbincangan dengan pegawai kejuruteraan MPP iaitu membuat lakaran pelan perparitan yang sesuai bagipenduduk Kampung Haji Baki Block C.

Jelasnya, beliau juga akan mengunakan dana Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) untuk melaksanakan projek tersebut menerusi proses tender MPP.-EDISI UKAS

Share
0

add comment