ADUN Sadong Jaya Sempurnakan Simbolik Penyerahan Bantuan Makanan Parlimen Batang Sadong

ISNIN, 26 JULAI 2021

ASAJAYA : Sebanyak 2500 pek makanan akan diagihkan kepada semua Ketua Isi Rumah (KIR) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sadong Jaya, menerusi peruntukan dibawah Parlimen Batang Sadong.

Simbolik penyerahan disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sadong Jaya, Ir Aidel Lariwoo yang mewakili Ahli Parlimen Batang Sadong, Dato Sri Nancy Shukri, bermula dari Kampung Semera Lot Baru hingga ke Kampung Bilis, pada Ahad.

Penerima terdiri daripada penduduk Kampung Sepayor, Semera, Jemukan, Jemukan Cina, Iboi, Pelandok, Jaie Sadong Laut, Sadong Jaya Ulu dan Bilis. 

Program berjalan lancar mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan dengan kerjasama Setiausaha Politik Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia, Mohammed Kamaluddin Mohd Effendie serta pihak Lembaga Amanah Masjid Sadong Jaya. -EDISI UKAS

Share
0

add comment