Giliran Penduduk DUN Tebedu Terima Bantuan Program Ziarah UKAS

ISNIN, 26 JULAI 2021

SERIAN : Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) bersama Pihak Pejabat Daerah Tebedu telah menyantuni penduduk di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tebedu, pada Isnin.

Seramai 40 individu yang tersenarai melibatkan empat buah kampung di kawasan itu menerima bantuan makanan dan barangan kesihatan berupa pelitup muka dan cecair pembersih tangan bersempena Program Ziarah UKAS.

Penyerahan sumbangan disempurnakan oleh  Setiausaha Politik Ketua Menteri, Dr. Simon Sinang Bada.

Antara kampung yang terlibat ialah Kampung Tesu Mawang,Tesu Kura, Pengkalan Amo dan Kampung Gahat Mawang. -EDISI UKAS

Share
0

add comment