Hadapi Sedikit Kekangan, Projek Bina Pos Imbangan ATM Dijangka Siap Februari 2022

ISNIN, 26 JULAI 2021

SERIAN : Pembinaan Pos Imbangan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang sedang giat dijalankan sejak pertengahan Mei 2021,  dijangka siap pada Februari 2022.

Projek yang dilaksanakan 13 Skuadron RAJD Kem Penrissen di kawasan Kampung Sungai Paoh itu khusus untuk kawalan sempadan Malaysia/Indonesia dan kawasan tanggungjawab yang berdekatan seperti Kampung Kranji, Kampung Sungai Buru dan Kampung Tong Nibong oleh pasukan keselamatan apabila siap kelak. 

Menurut Sarjan Rajali Gahalau, setakat ini pembinaan telah mencapai 10 peratus sahaja disebabkan sedikit kekangan yang dihadapi anggota iaitu kesukaran membawa bahan-bahan binaan yang berat.

Ini kerana bahan tersebut terpaksa melalui jambatan kampung yang hanya boleh menampung beban tidak lebih dari 3 tan sahaja. 

Namun begitu, pihaknya akan sedaya upaya menyelesaikan sebarang masalah bagi mempercepatkan proses pembinaan mengikut masa yang telah ditetapkan. -EDISI UKAS

Share
0

add comment