Lebih RM100 Juta Pampasan Tanah Diagih Kepada 1,488 Penerima Di Kapit

ISNIN, 26 JULAI 2021

KAPIT: Seramai 1,488 penerima menerima Pampasan Tanah di bawah Projek Pembangunan di Bahagian Kapit berjumlah keseluruhan RM103,022,071.54.

Simbolik serahan pampasan itu disempurnakan Timbalan Ketua Menteri yang juga ADUN Baleh, Tan Sri Datuk Amar Dr James Jemut Masing bertempat di Bilik Mesyuarat Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Kapit.

Program hanya disertai beberapa agensi yang dijemput bagi mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan.

Sebanyak 25 projek telah dan akan dilaksanakan di seluruh kawasan Kapit di bawah agensi pelaksana seperti URDA, JKR, SEB, JTS Kapit dan JBALB.

Majlis itu juga menyaksikan penyerahan sedikit sumbangan melalui cek kepada pihak Jabatan Kesihatan Kapit oleh Pengurus Besar URDA, Joseph Belayong.

Hadir sama ADUN Katibas Dato Sri Ambrose Belikau Enturan, ADUN Bukit Goram Jefferson Jamit Unyat dan ADUN Pelagus Wilson Nyabong Ijang. – EDISI UKAS

Share
0

add comment