ISNIN, 26 JULAI 2021
BARAM: Kejadian ribut yang menimpa penduduk di Rumah Panjang Sungai Dua pada Jumaat telah mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telang Usan Dennis Ngau.
Sebanyak 10 buah keluarga hilang tempat berteduh apabila atap rumah panjang mereka diterbangkan ribut.
ADUN Telang Usan bersama dengan Pegawai Daerah Telang Usan yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Baram Baru Tai dan kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Bahagian Miri telah bergegas ke lokasi kejadian bagi meninjau kesan kejadian pada Sabtu.
Mereka telah diberikan bantuan makanan bagi meringankan beban dan bantuan seperti peralatan untuk membaiki kerosakan rumah akan diusahakan dalam waktu terdekat. -EDISI UKAS