NSJA Serah Sumbangan Makanan Dan Minuman Kepada Petugas PPV

ISNIN, 26 JULAI 2021

MIRI: Persatuan Wartawan Utara Sarawak (NSJA) telah menyampaikan sumbangan kepada petugas barisan hadapan dan sukarelawan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Eastwood Valley dan Dewan Dato Lee Teck Fook, Sekolah Riam Road.

Menurut Presidennya Andy Jong Wan Joon, sumbangan itu sebagai tanda penghargaan kepada petugas barisan hadapan yang terus komited menjalankan tugas yang diamanahkan dalam usaha membantu kerajaan mengekang penularan wabak COVID-19.

“Ini merupakan Aktiviti Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) ‘Program Prihatin Kasih NSJA.

“Ianya bertujuan menghargai pengorbanan dan jasa petugas barisan hadapan yang telah banyak menyumbang jasa dan tenaga demi memutuskan rantaian jangkitan serta menangani penularan wabak COVID-19,” katanya semasa ditemui selepas menyampaikan sumbangan makanan kepada petugas PPV Dewan Eastwood dan PPv Dewan Lee Teck Fook, Sekolah Riam Road pada Sabtu. 

Hadir sama Setiausaha NSJA Michelle Choo Lee Nyuk, Naib Bendahari NSJA Esther Ching dan Ahli Jawatankuasa NSJA Alan Yong dan Liew Li Mui. -EDISI UKAS

Share
0

add comment