Pandelela Rinong Harus Diberi Pengiktirafan: Tan Sri James Masing

ISNIN, 26 JULAI 2021

KUCHING: Pencapaian ratu terjun negara, Pandelela Rinong dalam mengangkat nama Malaysia di persada dunia harus diberi pengiktirafan.

Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Dr James Jemut Masing berkata, rakyat di Sarawak boleh berjaya dalam apa jua bidang diceburi jika diberi peluang dan kesempatan.

“Saya bangga dengan penduduk luar bandar kita. Sekiranya diberi peluang, rakyat Sarawak akan berjaya dalam apa jua bidang,” katanya dalam satu kenyataan media pada Isnin. -EDISI UKAS

Share
0

add comment