PPV Dewan Majma Sasar Banyak Penerima Vaksin Dalam Sehari

ISNIN, 26 JULAI 2021

KUCHING : Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Majma Tunku Abdul Halim Mu’Adzam Shah telah berjaya memvaksinasikan seramai 21,442 individu bagi dos pertama dan 7,385 bagi dos kedua setakat 27 hari pengoperasiannya, pada Isnin.

Sasaran pemberian vaksin adalah sebanyak 1000 ke 1500 suntikan sehari, namun ia bergantung kepada kehadiran penerima. 

Purata durasi untuk setiap penerima pula, bermula dari pendaftaran sehingga pemberian suntikan adalah lebih kurang 30 minit.

Proses berjalan dengan pantas dan lancar setiap hari dengan pengawasan ketat oleh pihak berkuasa seterusnya kerjasama baik daripada penerima dan petugas juga menyumbang kepada kelancaran program. -EDISI UKAS

Share
0

add comment