Program Vaksinasi DUN Tupong Terus Berjalan Lancar

ISNIN, 26 JULAI 2021

KUCHING : Program Vaksinasi COVID-19 yang dijalankan di Dewan Serbaguna Datuk Daud Abdul Rahman mendapat sambutan menggalakkan daripada penduduk sepanjang pelaksanaannya.

Seramai 992 penduduk sekitar Kampung Matang Batu 10 dan Batu 7 Sungai Tengah disenaraikan telah mendapat vaksin jenis Sinovac bagi dos pertama dan seramai 998 pula lengkap dos kedua.

Namun begitu, terdapat 6 individu dimaklumkan gagal menghadiri temujanji pengambilan vaksin dos kedua disebabkan arahan menjalani kuarantin kendiri di rumah oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Sehubungan dengan itu, pihak Klinik Kesihatan Petra Jaya (KKPJ) akan membuat tarikh temujanji baru kepada mereka. 

Program vaksinasi peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN)Tupong ini telah dilakukan sendiri oleh 40 orang pegawai dari Klinik Kesihatan Petra Jaya seawal jam 8.00 pagi hingga jam 4.00 petang, dengan bantuan para Exco Cawangan dan Ahli Jawatankuasa Ranting PBB Tupong. -EDISI UKAS

Share
0

add comment