Selesai Jalani PKPD, Penduduk Kampung Batu Pengasah Dan Munggu Sabun Divaksinasi Dos Kedua

ISNIN, 26 JULAI 2021

SIMUNJAN : Seramai 45 penduduk Kampung Batu Pengasah dan Kampung Munggu Sabun yang menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) tempoh hari telah divaksinasi, pada Isnin.

Pemberian suntikan dos kedua jenis Sinovac itu dilakukan oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bertempat di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Klinik Kesihatan Munggu Lalang.

Anggota Polis juga turut membantu dalam memastikan kelancaran sepanjang program dengan pengamalan Prosedur Operasi Standard (SOP) dipatuhi sepenuhnya. 

Kampung Batu Pengasah dan Kampung Munggu Sabun dikenakan PKPD pada 18 Jun sehingga 1 Julai 2021. -EDISI UKAS

Share
0

add comment