Sisa Dahan Pokok Di Bahu Jalan Batu Kawa Perlu Dibersihkan, Pemandu Diminta Waspada

ISNIN, 26 JULAI 2021

KUCHING: Satu kejadian pokok tumbang melintasi jalan raya telah berlaku, berhadapan Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Chung Hua di MJC Batu Kawa sekitar jam 11.00 pagi Ahad.

Difahamkan, kerja- kerja pembersihan telah dijalankan namun masih belum diselesaikan dengan baik.

Ini kerana masih terdapat sisa-sisa dahan pokok di bahu jalan dan ia boleh membahayakan orang awam serta kenderaan  yang melintasi jalan tersebut.

Oleh yang demikian, pihak berwajib diminta untuk mengambil tindakan segera agar tiada sebarang masalah yang tidak diingin berlaku. -EDISI UKAS

Share
0

add comment